GURU DAN CABARAN SEMASA


Wednesday, March 18, 2015

Bagaimana Hendak Membina Blog....



Perancangan
Dalam membina sebuah blog beberapa perkara  diambil kira dan dirancang dengan baik agar blog yang dibina bersesuaian dengan kehendak dan tujuan dicipta. Antara yang perlu diberi penekanan ialah :

1. Jenis Blog

Mengetahui topik yang akan dimasukkan ke dalam blog samada ia adalah sebuah blog peribadi, perniagaan atau membincangkan topik semasa dan lain-lain. Reka bentuk blog akan dibina bersesuai dengan topik yang dibincangkan.

Blog pilihan saya  adalah sebuah blog peribadi yang dibina khusus untuk melengkapkan tugasan yang diberikan. Reka bentuknya adalah ringkas dan tidak akan dimuatkan dengan banyak elemen tambahan supaya mudah dilayari dan tidak membebankan blog itu sendiri.

2. Platform / Pelantar

Mengetahui pelantar yang patut digunakan adalah penting kerana ciri dan proses mengemaskini bagi tiap-tiap pelantar blog adalah berlainan. Di sini, saya telah  memilih blogger sebagai pelantar utama kerana ia adalah percuma, mudah dilayari serta senang untuk dikemaskini.


3. Membuat Draf Dan Penyediaan Awal

Draf awal bagi struktur blog adalah penting supaya proses menulis dan pengisian dapat dilakukan dengan mudah dan tersusun. Ini termasuk mencipta halaman utama yang mesti ada pada setiap blog, kategori dan sebagainya. Salah satu halaman penting yang diwujudkan dalam blog sayal adalah halaman profil.

Bagi pelantar blogger, elemen tambahan dinamakan gadget. Gadget mestilah bersesuaian dengan tema dan jenis blog.

Satu akaun khusus diperlukan untuk membina blog di blogger.com. Ia adalah perkhidmatan percuma yang disediakan oleh google, jadi satu akaun google diwujudkan terlebih dahulu. Akaun ini juga diguna pakai sebagai email utama.



MEMBINA BLOG

Proses mendaftar adalah mudah dan cepat. Setiap pengguna yang mempunyai akaun google akan dapat membina blog secara percuma di blogger.com.
Jika anda belum ada akaun Gmail, sila daftar di pautan ini - Daftar Percuma Akaun Gmail

Apabila anda sudah ada akaun Gmail, mari teruskan dengan langkah seterusnya untuk anda buat blog sendiri melalui blog orang lain atau menerusi platform blogspot.com.
  • Anda boleh membina blog dengan klik pada Create Blog atau
  •  Anda perlu login ke akaun Blogger.com (klik).
  • Apabila login anda berjaya, anda akan dibawa ke paparan berikut:
  • Jika anda tidak mempunyai sebarang blog menerusi akaun Google anda, tiada sebarang senarai blog dikeluarkan. Anda akan membaca paparan seperti di atas di mana keluar "Create your blog now". Kemudian, klik butang New Blog yang terletak di bahagian tepi.
  • Paparan seperti ditunjukkan di bawah akan muncul. Masukkan butiran yang dikehendaki, iaitu tajuk (title) dan URL (alamat http/Address) blog anda. Tips - Buat tajuk blog yang mudah nak ingat, sama juga dengan URL blog. Elakkan tajuk dan URL blog terlalu panjang dan sukar. Contoh nama blog dan URL blog yang baik adalah seperti ini - Dunia Jejaka Kacak (duniajejaka.blogspot.com) atau Sejuta Kisah Ekin (kisahekin.blogspot.com)
  • Perkara paling penting sewaktu pertama kali anda buat blog sendiri ialah alamat (Address) blog anda. Anda perlu mencari URL atau alamat blog yang mesra pengunjung dan mudah ingat. Sekiranya anda meletakkan url terlalu panjang atau rumit, agak sukarlah orang nak ingat alamat blog anda. Cuba cari alamat blog yang cerminkan diri anda.
  • Bukan semua alamat anda boleh tulis, kadangkala ada alamat sudah pun dimiliki oleh orang lain, jadi anda perlu cari atau buat alamat blog yang lain. Lihat contoh di bawah ini.




Apabila sudah mendapat URL atau alamat blog sendiri, maka langkah seterusnya ialah memilih template. Untuk awal-awal ini, saya syorkan anda memilih template yang mudah. Ada banyak pilihan template yang telah disediakan oleh blogspot.com sendiri. Pilih mana-mana yang berkenan di hati. Jangan risau, template anda boleh ubah dan pilih yang lain kemudian. Klik Create blog! untuk ke langkah seterusnya.

Membina Tapak @ Layout.
Anda juga boleh menyusun dan membina layout anda mengikut kesesuaian dan citarasa anda sendiri.
Proses Kemaskini
Proses menambah kandungan dan kemaskini boleh dilakukan secara terus pada halaman utama.

1. Untuk membuat post yang baru klik pada icon yang tertera seperti di dalam gambar.
2. Satu ruangan yang dipanggil editor akan muncul. Tajuk dan isi dimasukkan kemudian klik pada icon publish untuk menyelesaikan proses
3. Proses kemaskini boleh dilakukan dengan memilih kandungan yang ingin diubah daripada senarai post yang ada. Paparan editor akan muncul dan klik pada publish setelah selesai.



4- Anda juga boleh memasukkan maklumat diri ataupun biodata di bahagian profile.


PENGGUNAAN

1. Untuk membaca artikel yang telah dimasukkan ke dalam blog ini, pelawat boleh memilih topik dari senarai post yang ada di sebelah kanan blog. Ia telah dikelaskan mengikut masa artikel tersebut ditulis.

2. Pelawat juga boleh meninggalkan komen pada setiap artikel dengan mengisi ruangan komen di bahagian bawah blog.

3. Setiap cadangan dan kritikan boleh dihantar terus ke email saya di halaman Pendapat Anda  di sebelah kanan blog.

Walla, dah siap blog anda sendiri. Tak susah kan? Paparan di atas menunjukkan anda sudah pun mempunyai blog sendiri. Tak sampai 5 minit pun anda sudah pandai buat blog sendiri dengan jayanya. Langkah seterusnya ialah anda perlu mula menulis isi kandungan blog anda. Hanya klik Start posting untuk mulakan langkah kedua mempunyai blog sendiri.

Jika nak lihat rupa blog anda, hanya klik View blog.